Cari @ Amanz

Apple sebelum ini telah memperkenalkan sebuah sistem fail baru yang dinamakan sebagai APFS – digunakan pada peranti mudah-alih, dan juga pada komputer Mac mereka. Ia kini hadir melalui versi sistem operasi terbaru macOS High Sierra akan datang, namun apa yang sedikit mendukacitakan adalah dimana versi awal sistem operasi berkenaan tidak akan menyokong Apple Fusion Drive.

Bagi yang tidak mengenali Apple Fusion Drive, ia menyatukan storan Flash bersama kapasiti cakera keras, sekaligus menawarkan akses kepada storan dengan lebih pantas berbanding kebanyakkan sistem storan yang lain. Apple telah memperkenalkan ia sejak 2012 lepas pada beberapa model iMac dan juga Mac mini.

Buat masa ini, Apple mengatakan sistem fail baru, APFS hanya menyokong storan berasaskan flash sepenuhnya, dan Fusion Drives tidak disokong sepenuhnya buat masa ini.

Ia mungkin mengambil sedikit masa sebelum kita dapat melihat APFS menyokong Fusion Drive ini. Apple menasihatkan bagi mereka yang telah mencuba APFS pada Fusion Drive melalui macOS High Sierra Beta untuk beralih kembali ke sistem fail sebelumnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd