Anda Boleh Mencuba Tetingkap Rongak iPhone X Menggunakan Aplikasi Android Ini

Anda Boleh Mencuba Tetingkap Rongak iPhone X Menggunakan Aplikasi Android Ini

Diterbitkan pada Sep 19, 2017 oleh .

Kewujudan tetingkap berwarna hitam pada bahagian atas skrin Apple iPhone X menjadi bahan jenama minggu lalu. Terdapat ramai yang merasakan tetingkap “rongak” yang menempatkan sensor kamera Face ID merosakkan estetik peranti. Kami sendiri merasakan ia bukan jalan penyelesaian yang elegan bagi peranti Apple yang terkenal dengan kekemasannya.

Bagi mereka yang masih belum yakin dapat membiasakan diri dengan kewujudan tetingkap ini, aplikasi XOutOf10 telah dibangunkan. Aplikasi ini membolehkan anda “mencuba” tetingkap ini pada peranti Android milik anda. Setelah mencubanya sendiri mungkin anda akan lebih yakin untuk membelanjakan $999 bagi memiliki iPhone X.

Muat turun aplikasi XOutOf10 Dari Google Play Store 


TIPS & ULASAN