Huawei bakal melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Huawei Mate 10 secara rasminya pada bulan hadapan. Kini, seperti biasa, gambar peranti untuknya kini tertiris memperlihatkan secara kasar rekaan telefon pintar akan datang daripada Huawei.
Melalui gambar yang dikongsikan oleh @evleaks, ia memperlihatkan Huawei tidak lagi menyertakan sebarang logo pada bahagian hadapan – dan pada masa yang sama menggunakan bingkai yang nipis pada bahagian atas dan bawah berbanding sebelum ini.
Huawei dijangka menggunakan EMUI versi baru bersama-sama dengannya. Namun, daripada apa yang tertiris ini, ia memperlihatkan antaramuka EMUI yang lebih kurang sama seperti sedia ada.
Seperti biasa, kita akan mengetahui lebih lanjut mengenai Huawei Mate 10 ini secara rasminya pada 16 Oktober kelak.