Cari @ Amanz

Hari ini, Apple telah mula menawarkan kemaskini iOS 11 kepada para pengguna iPhone dan iPad seluruh dunia. Bersama-sama dengan ini, Apple menyertakan sejumlah ciri baru, termasuk sedikit kemaskini pada antaramuka dan rekaan sistem operasi berkenaan.

iOS 11 kini menjadikan iPad lebih produktif berbanding sebelum ini, apatah lagi dengan kemudahan untuk drag-drop, serta sebuah aplikasi baru dinamakan Files.

Dari segi antaramuka, kini Apple menawarkan antaramuka App Store yang baru, selain dilengkapi perubahan pada Control Center. Siri juga kini lebih pintar, termasuk menerima input berasaskan teks dan bukan terhad untuk suara sahaja. Selain daripada ini, Apple turut menyertakan emoji baru, sokongan merakam skrin, elak gangguan ketika memandu, dan pelbagai ciri-ciri lain.

Bagi anda yang menggunakan iPhone, iPad dan iPod, boleh menyemak peranti anda untuk mula memuat-turun kemaskini iOS 11 ke peranti anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd