Cari @ Amanz

Semalam kami melaporkan Google Pixel 2 dipercayai akan mempunyai fungsi bingkai boleh dipicit Active Edge, Pagi ini giliran imej pengolokan Google Pixel XL dan Pixel 2 XL pula tertiris bersama dengan harga jualan. Peranti ini mengekalkan rekaan Pixel tahun lalu tetapi dengan rekaan lensa kamera yang lebih besar. Pada waktu yang sama sisi peranti juga kelihatan lebih bulat.

Google Pixel 2 dipercayai bakal ditawarkan dalam tiga warna iaitu Kinda Blue, Just Black dan Clearly White. Dua pilihan storan boleh dibeli iaitu 64GB dan 128 masing-masing pada harga jualan $649 (~RM 2720) dan $749 (~RM 3140) sebuah.

Google Pixel 2 XL pula hanya ditawarkan dalam warna hitam dan kombinasi hitam putih. Versi 64GB dijual pada harga $849 (~RM 3559) manakala versi 128GB pula pada harga $949 (~RM 3977) sebuah. Apakah pendapat anda mengenai rekaan, warna harga peranti yang bakal dilancarkan 4 Oktober ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd