Cari @ Amanz

Dengan majlis khas bakal dilakukan 4 Oktober hadapan, beberapa produk lain selain Google Pixel 2 akan dilancarkan. Imej pengolokan untuk Google Daydream View baru dan Google Home Mini  turut tertiris pagi ini dari laman Droidlife. Daydream View terbaru mempunyai rekaan yang sama dengan perubahan hanya dilihat pada kemasan bahan binaannya yang tampak lebih kasar. Ia dijual pada harga $99 (~RM 415) sebuah dan turut hadir dengan alat kawalan seperti tahun lalu. Tiga pilihan warna diberikan.

Google Home Mini pula ialah pembesar suara pintar besaiz lebih kecil berbanding Google Home yang dilancarkan akhir tahun lalu. Seperti Daydream View, Home Mini turut ditawarkan dalam tiga warna yang sama Harga jualannya pula dikatakan hanya $49 (~RM 205). Maklumat mengenai spesifikasi lengkap dan perubahan yang dilakukan hanya akan diketahui pada majlis pelancarannya 4 Oktober ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd