Instagram Dilihat Menguji Susunan Grid 4X4 Pada Aplikasi

Instagram Dilihat Menguji Susunan Grid 4X4 Pada Aplikasi

Diterbitkan pada Sep 20, 2017 oleh .

Sejak dilancarkan Instagram menggunakan susunan grid dengan tiga lajur gambar. Pengguna Instagram yang kreatif menggunakan susunan grid ini bagi menghasilkan kolej 9 gambar membentuk sebuah gambar gergasi. Di masa hadapan mereka mungkin perlu mengubah bagaimana kolej perlu disusun kerana Instagram sedang menguji susunan grid baru.

Beberapa pengguna melaporkan melihat grid dengan lajur empat gambar di dalam aplikasi peranti pintar. Dengan susunan baru ini lebih banyak gambar dapat dilihat pada skrin pada satu-satu masa. Reaksi yang kami lihat di susur masa adalah rata-ratanya negatif terutamanya di kalangan pengguna yang menggunakan teknik kolaj pada galeri mereka.

Bagaimana pula dengan anda? Kami secara peribadi hanya mengharapkan Instagram mengembalikan semula susunan gambar secara kronologikal dan bukannya algoritma semasa.


TIPS & ULASAN