Kamera Nikon D850 Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM15,498

Kamera Nikon D850 Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM15,498

Diterbitkan pada Sep 20, 2017 oleh .

Nikon merupakan salah satu jenama tersohor dalam penawaran peranti kamera. Kamera mereka ditawarkan dalam pelbagai format dan pada hari ini Nikon D850 telah dilancarkan, yang mana merupakan penawaran terbaru untuk format FX.

Siri format FX merupakan siri yang memfokuskan resolusi gambar yang sangat besar pada kelajuan yang sangat pantas. Kedua-dua faktor ini merupakan cabaran dalam dunia fotografi namun menerusi siri FX yang ditawarkan, ia dapat memudahkan pengguna menangkap gambar yang lebih baik.

Pada kamera Nikon D850, ia dikuasakan dengan sensor CMOS 45.7MP.  Dengan sensor ini, pengguna boleh merakam video 4k sensor penuh, atau memilih untuk merakam video 1080p yang menyokong kelajuan 240fps. Bagi tujuan Timelapse, resolusi gambar dirakam dapat ditingkatkan sehingga 8K.

Bagi tujuan pemfokusan, ia mempunyai 153 titik autofokus dan sebanyak 99 cross type sensor bagi memudahkan proses tersebut. Pengguna boleh merakam gambar berkelajuan tinggi 7 fps dan sekitar 1840 gambar mampu ditangkap pada pengecasan penuh. Jika pengguna menambah pek bateri, kelajuan gambar boleh dicapai adalah 9fps dan sehingga 5140 gambar dapat dirakamkan.

 

Antara ciri-ciri lain pada kamera ini termasuklah fungsi sambungan Bluetooth, WIFI dan NFC, paparan skrin sentuh 3.2-inci yang boleh diputarkan, butang menu dan fungsi berlampu apabila kamera digunakan dalam keadaan yang kurang cahaya dan pelbagai lagi.

Kamera Nikon D850 ini akan dijual pada harga RM 15,498 untuk badan sahaja dan terdapat pilihan untuk kit lensa 24-120mm. Seperti biasa, pengguna juga boleh menyesuaikan kamera ini dengan lensa yang lain.


TIPS & ULASAN