Cari @ Amanz

Alexa merupakan pembantu digital maya yang dibangunkan oleh Amazon, dan telah diintegrasikan pada speaker pintar, selain ditawarkan untuk telefon pintar. Ia agak popular di Amerika Syarikat, dan kini Amazon dilaporkan sedang turut membangunkan kaca mata pintar yang dilengkapi dengan sokongan Alexa.

Buat masa ini, apakah ciri penuh yang akan ditawarkan oleh kaca mata pintar berkenaan masih menjadi tanda tanya. Kaca mata pintar daripada Amazon ini dikatakan kelihatan seperti kaca mata biasa, dan menggunakan bone-conduction untuk memudahkan pengguna mendengar Alexa tanpa memerlukan sebarang fon telinga tambahan.

Ia masih menjadi tanda tanya sama ada Amazon akan turut mengintegrasikan ciri AR yang popular pada masa kini melalui kaca mata pintar mereka atau sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd