Bank Negara Akan Hadir Dengan Garis Panduan Kriptowang Menjelang Penghujung Tahun

Bank Negara Akan Hadir Dengan Garis Panduan Kriptowang Menjelang Penghujung Tahun

Diterbitkan pada Sep 20, 2017 oleh .

Kriptowang telah menjadi salah satu perkara yang hangat diperkatakan pada tahun ini, apatah lagi dengan penawaran pelbagai sokongan perkakasan, dan variasi kriptowang dipasaran. Beberapa negara turut melihat serius kearena ini, dan kini Bank Negara Malaysia mengatakan mereka akan hadir dengan garis panduan untuk kriptowang menjelang penghujung tahun ini.

Bank Negara Malaysia melalui panduan berkenaan dilihat akan lebih memfokuskan kepada anti-keganasan dan pelaburan haram.

Kriptowang sering menggunakan teknologi rantaian-blok (blockchain), dan menjadi fokus ramai kerana keselamatan dan sebagainya.

Salah satu kriptowang yang popular adalah Bitcoin. Tetapi, beberapa tahun lepas, BNM telah mengeluarkan kenyataan mengatakan Bitcoin tidak diiktiraf di Malaysia. Tetapi, dengan perkembangan arena kriptowang ini, mungkin kini sudah tiba masanya untuk BNM melihat kembali ke arena berkenaaan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut mengenai garis panduan kriptowang ini daripada BNM menjelang penghujung 2017 ini.


TIPS & ULASAN