Cari @ Amanz

Puluhan juta peranti akan melakukan kemas kini ke iOS 11 hari ini. Dengan sistem operasi terkini ini, Apple memperkenalkan format gambar HEIF dan video HEVC dengan iOS 11. Oleh itu Google Photos telah dikemaskini hari ini bagi menyokong muat naik dua format media ini ke storan awanan mereka.

Pengguna hanya perlu mengemaskini Google Photos ke versi 3.5.0 bagi menikmati fungsi ini. Muat naik gambar HEIF masih lagi boleh dilakukan tanpa had dan tidak memakan kuota storan yang diberikan oleh Google. Kedua-dua format HEIF dan HEVC digunakan sebagai standard di iOS 11 kerana ia menjimatkan penggunaan storan di dalam peranti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd