Cari @ Amanz

Lebih dari sekadar jenama kamera yang terkenal, Canon merupakan jenama yang turut menawarkan kelengkapan pejabat serta syarikat besar. Selain dari kamera, mereka turut menawarkan pencetak baik untuk syarikat kecil dan besar.

Terbaru di Canon Malaysia, mereka telah mengumumkan dua pencetak skala besar iaitu pencetak monokrom varioPRINT dan juga pencetak grafik imagePRESS C. Bagi siri varioPRINT generasi ketiga, ia ditawarkan dalam variasi DP LINE 140, 130, dan 115 dimana setiap nombor tersebut merujuk kepada kelajuan percetakkan mereka untuk inci setiap minit (inches per minute).

Selain dari itu, siri imagePRESS C pula merupakan pencetak skala besar yang disasarkan untuk kegunaan pasukan grafik dalam organisasi besar. Dengan pencetak sebegini, anda juga boleh menghasilkan pelbagai produk seperti brosur, sampul surat, laporan syarikat dan sebagainya dengan sendiri.

Sebagai perbandingan, sekiranya anda mencetak sehingga 170,000 helaian A4, pencetak skala besar ini sesuai untuk anda. Pencetak ini juga mampu mencetak material berbeza sehingga kertas setebal 300gsm. Jika anda menggunakan material kurang dari 220gsm, kelajuan percetakan adalah sekitar 85-65ppm tertakluk kepada siri yang dimiliki anda. Tiga model ini adalah imagePRESS C850, C750 dan juga C650.

Kedua-dua pencetak ini juga turut hadir dengan integrasi aplikasi dari Canon seperti PRISMAprepare yang membolehkan anda memasukkan dokumen dan mengatur mukasurat dengan mudah, dan juga aplikasi PRISMAsync yang membolehkan anda menguruskan percetakkan menerusi aplikasi untuk platform Android dan iOS.

Memandangkan kedua-dua pencetak skala besar ini disasarkan untuk syarikat, anda boleh menghubungi pihak Canon menerusi emel: [email protected] bagi mendapatkan maklumat lanjut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd