Cari @ Amanz

Telegram Messenger merupakan salah satu aplikasi permesejan alternatif untuk WhatsApp, dan digunakan ramai pengguna seluruh dunia. Terkini, untuk pengguna Telegram Messenger di Malaysia, anda mungkin mengalami masalah untuk mengakses perkhidmatan berkenaan buat sementara waktu.

Telegram melalui laman Twitter mengatakan yang mana masalah ini berpunca disebabkan oleh masalah pelayan di Singapura. Ini bukan hanya memberikan kesan terhadap pengguna di Malaysia, tetapi keseluruhan Asia.

Pihak Telegram Messenger mengatakan mereka sedang dalam proses untuk menyelesaikannya, dan mungkin diatasi dalam sedikit masa lagi.


Kemaskini : Telegram Messenger kini kembali beroperasi seperti biasa.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd