Cari @ Amanz

Pihak honor Malaysia hari ini mengumumkan yang mana mereka bakal menawarkan Android 8.0 Oreo untuk para pengguna Honor 8 Pro di Malaysia. Walaubagaimanapun, tarikh penawaran kemaskini Android untuk telefon pintar ini masih tidak diketahui lagi.

Melalui Android 8.0 Oreo, ia menawarkan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk lebih kawalan untuk notifikasi, ciri Picture-in-Picture, serta beberapa yang lain.

Buat masa ini, Honor hanya mengumumkan ia untuk Honor 8 Pro sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah peranti-peranti lain akan menerimanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd