Carian
Meizu M6 Hadir Dengan Kemaskini Yang Sangat Kecil Berbanding Meizu M5
September 20, 2017 Aman

Meizu hari ini telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar terbaru daripada mereka, iaitu Meizu M6. Telefon pintar ini hadir dengan spesifikasi rendah-pertengahan dan ditawarkan untuk pasaran China sahaja buat masa ini.

Meizu M6

Meizu M6 dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan resolusi HD, dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek MT6750, dan memori dengan pilihan 2GB atau 3GB RAM.

Untuk rakaman gambar, Meizu M6 menggunakan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Meizu M6 menggunakan bateri berkapasiti 3070mAh, dan menjalankan Android 7.0 Nougat.

Meizu dilihat hanya memfokuskan kepada penawaran spesifikasi asas sahaja melalui telefon pintar ini. Jikalau dibandingkan dengan Meizu M5, ia hanya menawarkan perbezaan pada kamera hadapan sahaja, dan menawarkan sistem operasi Android 7.0 Nougat. Mungkin sekiranya anda sudah memiliki Meizu M5, anda tidak perlukan Meizu M6 in lagi. Meizu M5 sebelum ini ditawarkan pada harga RM599 di Malaysia.

Komen