Cari @ Amanz

HTC hari ini telah mengumumkan pengantungan dagangan saham untuk esok, dimana mereka dijangka membuat sebuah pengumuman penting berkenaan syarikat mereka. Ia menjadi suatu kebiasaan untuk syarikat mengumumkan pengantungan dagangan saham sekiranya ia berkait dengan pengambil-alihan atau jualan aset syarikat.

Desas-desus mengatakan HTC mungkin mengumumkan penjualan kepada pihak Google seperti diperkatakan sebelum ini. Namun, menurut HTC, mereka tidak mengeluarkan sebarang komen atas spekulasi pasaran dan ura-ura.

HTC yang terkenal dengan pengeluaran telefon pintar sebelum ini diperkatakan mungkin diambil-alih oleh Google. HTC sendiri sangat popular beberapa tahun lepas, tetapi menghadapi cabaran dari pelbagai pengeluar lain, dan kini mempunyai pegangan pasaran peranti mudah-alih kurang daripada 1%. Beberapa tahun yang lepas, HTC merupakan pengeluar telefon pintar ke-4 terbesar di dunia.

Seperti biasa, sama-sama kita melihat apakah yang HTC akan umumkan pada awal pagi esok – sama ada penjualan kepada Google, atau penjualan kepada konsortium khusus, atau tidak mustahil juga mengumumkan pembahagian syarikat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd