Cari @ Amanz

Salah satu fungsi yang dipopularkan oleh Apple adalah fungsi Live Photos yang dicipta sejak dari iPhone 6S. Fungsi ini membolehkan gambar yang dirakam bergerak secara video untuk beberapa saat malah akan mengandungi bunyi bagi membuatkan gambar tersebut lebih realistik. Menariknya fungsi ini bakal hadir ke peranti terkini iaitu vivo V7+.

Peranti vivo V7+ merupakan kesinambungan kepada siri V dari vivo, dan memfokuskan kepada teknologi pengimejan. Kamera utama di bahagian belakang V7+ mempunyai fungsi pemfokusan PDAF membolehkan pemfokusan dilakukan dengan lebih pantas disamping lampu LED Flash bagi tujuan pencahayaan.

Kamera utama yang mempunyai sensor 16MP ini juga dilengkapi dengan algoritma terbaru yang membolehkan gambar dirakam dengan lebih cerah dan jelas, serta mempunyai pelbagai fungsi lain dalam siri V termasuklah mod Ultra HD, Time-Lapse, Mod menyokong rakaman malam, mod rakaman perlahan dan juga Mod Professional.

Banyak lagi yang bakal kita ketahui menjelang pelancaran peranti ini pada minggu hadapan, 26 September di Pavilion Kuala Lumpur.

Ini adalah Advertorial daripada Vivo Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd