Cari @ Amanz

KGI Securities, atau nama penganalisa Ming-Chi Kuo bukan sesuatu yang asing dalam hadir dengan pelbagai jangkaan awal untuk produk Apple, dan kebanyakkannya boleh dikatakan adalah tepat. Terkini, penganalisa berkenaan menyasarkan yang mana Apple mungkin menggunakan Face ID pada semua model iPhone 2018 kelak.

Face ID merupakan pengimbas wajah yang disertakan pada iPhone X bersama dengan teknologi kamera TrueDepth. Melalui penggunaannya, ia membolehkan wajah digunakan sebagai biometrik untuk beberapa pengesahan dan log masuk peranti, selain turut digunakan sama untuk ciri-ciri lain seperti Animoji dan sebagainya.

Buat masa ini, Face ID hanya digunakan pada iPhone X sahaja, sementara iPhone 8 dan iPhone 8 Plus masih menggunakan pengimbas cap jari Touch ID.

Menurut penganalisa, sekiranya maklumbalas pengguna mengenai Face ID pada iPhone X adalah baik, Apple mungkin akan menggunakan Face ID pada semua iPhone baru 2018 kelak.

Ini juga selari dengan kesukaran untuk mengintegrasikan pengimbas cap jari dibawah skrin yang mungkin mengurangkan sedikit kejituannya, serta beberapa kekangan lain untuknya.

Seperti biasa, ini hanya sekadar komen daripada penganalisa sahaja, dan segalanya terletak ditangan Apple untuk sama ada mebuang terus Touch ID dan gantikan ia dengan Face ID atau sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd