Cari @ Amanz

Google telah mula memfokuskan kembali peranti dibawah Android One mereka, dimana melaluinya mereka bersama pengeluar peranti memfokuskan penawaran Android asli tanpa sebarang penambahan daripada pengeluar. Perkara ini sekaligus membolehkan kemaskini ditawarkan dengan lebih pantas berbanding kebiasaan.

Selepas memperkenalkan Mi A1 sebelum ini, kini sebuah lagi peranti telah diperkenalkan dibawah program Android One, iaitu Moto X4.

Moto X4

Moto X4 hadir dengan skrin 5.2-inci, dilengkapi cip Snapdragon 630, bateri berkapasiti 3000mAh, dwi-kamera 12-megapixel dan 8-megapixel di belakang, dan menyertakan kamera hadapan 16-megapixel.

Moto X4 ini hadir dengan Android 7.1 Nougat, dan akan menerima kemaskini Android Oreo menjelang penghujung tahun ini. Google turut mengatakan ia akan menjadi terawal menerima Android P pada tahun hadapan.

Buat masa ini, Moto X4 edisi Android One hanya ditawarkan melalui Google Project Fi sahaja. Ia tidak diketahui lagi sama ada peranti ini akan ditawarkan pada peringkat global atau tidak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd