Cari @ Amanz

Pengecas tanpa wayar Apple AirPower diperlihatkan ketika acara pelancaran iPhone beberapa minggu yang lalu. Dengan AirPower, iPhone, Apple Watch dan AirPods boleh dicas serentak dengan hanya meletakkannya di atas permukaan AirPower. Bagi pemilik Apple Watch yang ingin memiliki AirPower, ada sedikit maklumat yang perlu dikongsi pagi ini.

Hanya Apple Watch Series 3 boleh dicas secara tanpa wayar menggunakan AirPower menurut laman rasmi Apple. Ini adalah kerana format pengecasan Qi yang mula disokong oleh Apple Watch Series 3. Jam tangan pintar Apple Watch versi asal menggunakan teknologi pengecasan yang berbeza. Apple AirPower akan dijual bermula tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd