Cari @ Amanz

Semalam ialah hari kemaskini peranti iOS seluruh dunia. Peranti yang layak boleh memuat turun iOS 11 bagi menikmati pelbagai fungsi baru yang sebelum ini hanya ditemui pada peranti Android. Dalam masa hanya 24 jam, peratusan peranti iOS yang menggunakan sistem operasi terbaru ini telah mencecah 11.06%.

Ini adalah data yang dikumpul menerusi laman Mixpanel yang menjejak versi sistem operasi yang digunakan. Sebagai perbandingan, Android Nougat mengambil masa 11 bulan untuk mencapai tahap penggunaan 11.5% pada peranti Android.

Tahun demi tahun, versi demi versi kelebihan platform iOS dalam memberikan kemaskini yang pantas masih belum mampu ditandingi Android. Oleh sebab itulah kami menantikan Project Treble yang bermula dengan Android Oreo akan dapat menyelesaikan masalah kemaskini yang lambat diterima inu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd