Cari @ Amanz

Bilik hotel biasanya mempunyai televisyen, peti sejuk dan seterika. Ini ialah kemudahan asas. Hotel yang lebih mewah akan memberikan mesin membuat kopi Starbucks dari dalam bilik dan televisyen 4K. Tetapi di Taiwan, i Hotel memberikan sedikit kelainan. Setiap bilik di dalam hotel ini dilengkapi dua komputer gaming buatan Asus lengkap dengan kerusi DXR Racer.

Jelas sekali i Hotel mensasarkan golongan gamer yang masih ingin menikmati permainan PC pada tetapan tertinggi ketika berada di luar rumah. Kesemua PC yang digunakan adalah buatan Asus lengkap dengan aksesori kelas e-sukan serta skrin 32″. Di bahagian lobi pula terdapat 12 komputer yang membolehkan parti LAN diadakan di antara pelawat hotel.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd