Rasmi : Google Mengambil-Alih Sebahagian Daripada Pasukan Telefon Pintar HTC

Rasmi : Google Mengambil-Alih Sebahagian Daripada Pasukan Telefon Pintar HTC

Diterbitkan pada Sep 21, 2017 oleh .

Google dan HTC hari ini mengumumkan yang mana Google akan mengambil-alih sebahagian HTC pada nilai mencapai $1.1 bilion. Pengambil-alihan lebih memfokuskan kepada sebahagian pasukan disebalik bahagian telefon pintar di HTC.

Dengan pengambil-alihan ini, ia akan terus mengukuhkan kedudukan pihak Google dalam arena telefon pintar melalui jenama Pixel mereka. Google mengatakan yang mana pasukan dan bahagian yang diambil-alih ini sedia bekerjasama dengan pasukan Pixel di Google – dan pengambil-alihan ini akan menguntungkan pihak Google.

Bersama-sama pengambil-alihan ini, ia turut menyertakan sejumlah paten daripada HTC dilesenkan kepada Google.

Sebelum ini Google sedia mengambil-alih Motorola untuk mengukuhkan portfolio paten dan mendapatkan kepakaran daripada mereka dalam membangunkan telefon pintar. Walaubagaimanapun, ketika pengambil-alihan berkenaan, Google tidak mengeluarkan sebarang peranti mudah-alih seperti Pixel, membuatkan Google menjual Motorola kepada Lenovo. Kini, dengan adanya pasukan Pixel, pengambil-alihan ini akan membolehkan Google lebih mudah menghasilkan telefon pintar terus secara dalaman tanpa perlu bergantung untuk mencari pengeluar ketiga untuk pembangunan dan pengeluarannya.

HTC dengan Google sendiri sedia bekerjasama untuk tempoh yang lama. Sebelum ini HTC telah menghasilkan telefon pintar Android pertama, HTC Dream, selain turut memperkenalkan Nexus One pada 2010. Telefon pintar Pixel pada tahun lepas juga turut dibangunkan bersama HTC dan Google.

Untuk HTC sendiri, mereka akan terus menghasilkan peranti mudah-alih dan peranti realiti-maya Vive seperti biasa.


TIPS & ULASAN