Samsung Galaxy Note 8 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Berharga RM3999

Samsung Galaxy Note 8 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Berharga RM3999

Diterbitkan pada Sep 21, 2017 oleh .

Samsung Galaxy Note 8 hari ini akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Peranti dengan stylus S-Pen terbina ini adalah peranti pertama keluaran Samsung yang dilengkapi dengan sokongan dwi-kamera di belakang. Ia juga merupakan peranti pertama di pasaran dengan sokongan dwi-OIS, serta menyertakan sejumlah ciri-ciri menarik bersama dengannya..

Di Malaysia Samsung Galaxy Note 8 dilengkapi skrin 6.3″ QHD+ HDR, diperkasakan pemproses Exynos 8895 lapan teras, memori sebesar 6GB RAM dan storan 64GB. Ini boleh dipertingkatkan ke 256GB menggunakan kad MikroSD. Dwi-kamera 12+12 Megapixel f/1.7+f/2.4 dengan dual OIS dipadankan dengan kamera hadapan 8-Megapixel f/1.7. Sebuah bateri sebesar 3300 mAh membekalkan kuasa kepada peranti yang menggunakan Android 7.1.1 ini.

Samsung Galaxy Note 8 akan mula dijual secara rasminya esok pada harga RM3999 sebuah, tetapi sudah terdapat sejumlah penjual yang menawarkan peranti ini kepada pembeli sejak beberapa hari yang lepas. Pengguna yang mendapatkan ia melalui jerayawara Samsung di beberapa pusat membeli=belah utama juga berpeluang untuk mendapatkan beberapa ganjaran tambahan, termasuk sebuah Gear VR.

Baca : Ulasan Samsung Galaxy Note 8


TIPS & ULASAN