Epson Hadir Dengan Mesin Pencetak Siri L terbaru Dengan Teknologi Pencetak PrecisionCore

Epson Hadir Dengan Mesin Pencetak Siri L terbaru Dengan Teknologi Pencetak PrecisionCore

Diterbitkan pada Sep 27, 2017 oleh .

Epson, jenama mesin pencetak yang cukup popular di serata dunia kini hadir dengan siri mesin pencetak Epson L terbaru yang hadir dengan teknologi pencetak PrecisionCore yang digunakan di dalam siri mesin pencetak siri enterprise mereka.

Mesin pencetak siri L terbaru ini termasuklah model-model seperti Epson L4150L4160L6160L6170 dan L6190. Mesin-mesin pencetak ini hadir dengan sistem tangki dakwat yang bersepadu yang kecil dan tidak memakan ruang. Sistem dakwat baru ini juga menggunakan sistem isian semula botol yang memudahkan pengguna untuk mengisi dakwat ke dalam mesin pencetak tersebut tanpa sebarang masalah. Setiap botol ini juga hadir dengan muncungnya sendiri untuk mengelak masalah tersalah isi dakwat ke tangki yang salah.

 

Walaupun tangki dakwat dalam sistem dakwat baru ini kelihatan kecil, ia mampu mencetak 7500 mukasurat hitam-putih, dan 6500 mukasurat berwarna untuk mengurangkan kos pembelian dakwat. Untuk penjimatan berganda, mesin pencetak siri L ini juga hadir dengan ciri pencetakan duplex yang mengurangkan penggunaan kertas sebanyak 50 peratus.

Beberapa model mesin-mesin pencetak siri-L ini juga hadir dengan Automatic Document Feeder (ADF) yang membolehkan para pengguna menyalin dokumen tanpa perlu berada di tepi mesin pencetak tersebut.

 

Ciri utama mesin pencetak ini ialah ciri pencetakan PrecisionCore, dimana pencetak Siri L ini mampu mencetak sebanyak 15ipm (impressions per minute) untuk cetakan kualiti tinggi, dan juga 33ppm (pages per minute) untuk cetakan draf. Mesin pencetak Epson siri-L ini juga hadir dengan ciri pencetakan auto-duplex, dimana ia boleh mencetak di kedua-dua belah mukasurat secara automatik untuk penjimatan kertas berganda.

Dengan teknologi Micro Thin Film Piezo pula, mesin pencetak siri-L ini boleh mencetak gambar pada 4800x1200DPI untuk cetakan gambar sehingga saiz A4 dengan kualiti yang cukup tinggi.

Buat masa ini, Epson masih belum mengumumkan harga buat mesin-mesin pencetak ini.


TIPS & ULASAN