Tesla Dan AMD Dilaporkan Bekerjasama Untuk Membangunkan Cip Untuk Kereta Swapandu

Diterbitkan pada Sep 21, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tesla merupakan syarikat yang tidak asing lagi dalam pembangunan kenderaan elektrik. Terkini, ia dilaporkan yang mana Tesla sedang bekerjasama dengan pihak Advanced Micro Devices (AMD) bagi membangunkan sebuah cip kecerdasan buatan tersendiri untuk kenderaan swapandu.

Ia dikatakan Tesla sedang membangunkan cip mereka di atas teknologi AMD, dan turut bekerjasama dengan syarikat GlobalFoundries untuk pengeluaran. Ia dikatakan cip awal sudah pun telah mula diuji oleh Tesla buat masa ini.

Dengan membangunkan cip tersendiri, ia akan mengurangkan kebergantungan pihak Tesla kepada pihak lain – selain memudahkan lagi Tesla membangunkan pelbagai ciri-ciri menarik untuk kenderaan mereka.

Buat masa ini, Tesla sedang menggunakan cip NVIDIA untuk teknologi swapandu mereka, dan sebelum ini mereka menggunakan teknologi milik Mobileye yang telah diambil-alih oleh Intel.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami