Samsung Galaxy Note 8 Kini Mengeluarkan Amaran Berbunyi Apabila Peranti Cuba Dicas Ketika Basah

Samsung Galaxy Note 8 Kini Mengeluarkan Amaran Berbunyi Apabila Peranti Cuba Dicas Ketika Basah

Diterbitkan pada Sep 21, 2017 oleh .

Samsung Galaxy Note 8 dilancarkan secara rasmi di Malaysia pagi tadi. Peranti phablet berstylus ini amat dinantikan pelancarannya selepas jualan Note 7 ditarik selepas mengalami masalah bateri. Antara fungsi baru yang diiklankan ialah sistem dwi-kamera dan Live Message menggunakan S-Pen. Tetapi ada sebuah lagi fungsi baru menarik yang tidak diiklankan oleh Samsung.

Peranti ini akan mengeluarkan audio amaran apabila peranti dicas dengan port pengecasan yang basah. Pada waktu yang sama notifikasi amaran akan turut muncul pada skrin.  Kami menyedari fungsi ini secara tidak sengaja.

Sebelum ini Galaxy S7 Edge dan Galaxy S8 hanya memberikan amaran dalam bentuk notifikasi atas skrin. Dengan amaran audio ini, pengguna akan menyedari port pengecasan basah dan boleh menanggalkan kabel pengecas sebelum menyebabkan kerosakan kekal pada peranti.


TIPS & ULASAN