Cari @ Amanz

Lanjutan daripada pengambil-alihan sebahagian daripada pasukan yang membangunkan telefon pintar di HTC oleh Google, kini HTC telah mengeluarkan kenyataan lanjut mengatakan mereka terus komited dalam arena telefon pintar.

HTC mengatakan kini para jurutera mereka sedang membangunkan telefon pintar flagship seterusnya selepas kejayaan HTC U11 pada tahun ini.

Selain daripada telefon pintar, HTC terus akan membangunkan perniagaan VIVE yang memfokuskan kepada ekosistem realiti-maya. HTC turut mengatakan mereka akan turut melabur pada beberapa teknologi baru, termasuk Internet of Things, AR (Augmented Reality) dan juga kecerdasan buatan.

Bersama-sama perjanjian dengan HTC, Google turut dikatakan akan turut melabur di Taiwan dalam menjadikan ia sebagai hab inovasi dan teknologi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd