Cari @ Amanz

Razer merupakan jenama yang tidak asing dikalangan para peminat permainan video, dimana Razer sedia menawarkan sejumlah aksesori, bukan sahaja untuk komputer, tetapi juga untuk konsol. Mereka juga turut menawarkan komputer riba memfokuskan permainan video, selain pelbagai produk memfokuskan permainan dan multimedia.

Sebelum ini, Razer telah mengambil-alih Nextbit, salah satu pengeluar telefon pintar Android – dan sejak daripada itu, pelbagai spekulasi berkenaan telefon pintar Razer telah diperkatakan.

Kini bercakap mengenainya, CEO Razer mengatakan kepada CNBC yang mana mereka sedang membangunkan sebuah peranti mudah-alih khusus untuk peminat permainan video dan multimedia. Razer menyasarkan untuk memperkenalkan ia kepada pengguna menjelang penghujung tahun ini.

Razer mengatakan, peranti mudah-alih adalah salah satu pasaran yang turut menjadi fokus utama syarikat berkenaan.

Selain daripada peranti mudah-alih, Razer juga menyasarkan untuk menyenaraikan saham mereka di Hong Kong menjelang penghujung tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd