Cari @ Amanz

Epic Games sebelum ini telah mengumumkan yang mana mereka bakal menawarkan mod permainan Battle Royale seumpama Player Unknown’s Battlegrounds pada 26 September ini. KIni, berkongsi lanjut mengenainya, Epic Games mengatakan permainan ini akan ditawarkan secara percuma untuk semua pada 26 September kelak.

Fortnite’s “Save the World” PvE masih akan ditawarkan secara berbayar, sementara Fortnite Battle Royale pula akan ditawarkan secara percuma kepada semua. Walaubagaimanapun, pada masa akan datang pembangunnya akan menawarkan beberapa kandungan kosmetik secara berbayar melalui pembelian dalam permainan.

Dibawah Fortnite Battle Royale, ia menawarkan permainan multi-pemain, dimana sekitar 100-pemain akan dijatuhkan dalam satu peta besar, dan mereka perlu membunuh yang lain dan menjadi yang terakhir dalam permainan berkenaan untuk memenanginya. Konsep permainan ini sangat popular melalui permainan PUBG, dan telah mula diintegrasikan oleh beberapa penerbit permainan lain.

Walaubagaimanapun, pihak Epic Games kini dilihat ingin mencabar PUBG dengan menawarkan versi mereka secara percuma kepada semua – berbanding PUBG yang perlu dibeli. Ia masih tidak diketahui lagi sama ad perkara ini akan memberikan kesan terhadap populariti PUBG atau sebaliknya.

Epic Games akan menawarkan permainan Fortnite Battle Royale ini secara percuma melalui Epic Games PC Launcher, PlayStation Store dan juga Xbox Store pada 26 September ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd