Cari @ Amanz

Beberapa tahun lepas, kita telah melihat pelbagai syarikat menyertai arena e-dagang tempatan dalam mendapatkan perhatian dan pegangan pasaran tempatan. Salh satunya adalah GEMFive yang turut mempunyai pelaburan daripada Hong Leong Group.

GEMFive ini telah dilancarkan pada 2015 yang lepas, dimana ketika awalnya Hong Leong Group melabur sebanyak RM5 juta ke laman e-dagang GEMFive ini. Melalui laman GEMFive, ia menawarkan pelbagai jenis produk – daripada elektronik sehinggalah kepada kosmetik dan sebagainya.

GemFive

Walaubagaimanapun, persaingan sengit dalam arena e-dagang membuatkan GEMFive gagal mencuri perhatian ramai, dan kini ia dilihat laman berkenaan telah pun berhenti beroperasi.

Buat masa ini, tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh mereka. Dengan persaingan sengit dan penawaran ramai pengguna yang sering beralih kepada beberapa laman e-dagang baru berdasarkan kepada kupon diskaun dan sebagainya – tidak mustahil kita melihat untuk pelbagai syarikat menyerah kalah kepada laman e-dagang dengan pelaburan besar seperti Lazada atau 11Street.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd