Cari @ Amanz

Instagram sedia menawarkan sokongan untuk menambah “topeng maya” dan kesan penuras tambahan pada gambar sebelum dikongsikan pada laman sosial mereka, atau pada Instagram Stories. Kini, sokongan yang sama turut dibawa oleh Instagram untuk penawaran siaran langsung video melalui Instagram Live.

Instagram Live Filter

Bermula hari ini, pengguna akan ditawarkan dengan ciri yang membolehkan mereka menambah topeng maya atau kesan penuras tambahan ketika membuat siaran langsung melalui Instagram Live.

Instagram mengatakan ciri ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua bermula hari ini, dan mungkin mengambil masa beerapa minggu sebelum anda dapat melihatnya pada akaun anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd