Meizu M6 Note Edisi One Piece Dilancarkan Di China

Meizu M6 Note Edisi One Piece Dilancarkan Di China

Diterbitkan pada Sep 22, 2017 oleh .

Legenda Budak Getah ialah antara komik yang mempunyai jumlah pembaca yang ramai di seluruh dunia. Watak Monkey D Luffy turut mempunyai ramai peminat di Tanah Besar China. Oleh itu peranti Meizu M6 Note edisi khas One Piece telah dilancarkan di sana.

Meizu M6 Note One Piece Edition ini berwarna merah dengan logo lanun berwarna emas pada bahagian belakang. Tema khas One Piece turut dihasilkan untuk peranti ini bersama dengan pengecas, kabel dan kerangka bertemakan One Piece. Di China Meizu M6 Note One Piece Edition dijual pada harga RMB 1,699 (~RM 1081) untuk versi 3GB+32GB dan RMB 2399 (~RM 1527) untuk versi 4GB+64GB.

Meizu M6 Note hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci HD penuh, dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 625, dilengkapi memori sehingga 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Kamera utama sebesar 12+5 Megapixel manakala kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel.B Bateri sebesar 4000 mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas.


TIPS & ULASAN