Cari @ Amanz

Samsung Dex ialah jawapan Samsung kepada sistem Microsoft Continuum. Peranti Galaxy S8 dan Note 8 boleh berubah menjadi sebuah komputer desktop apabila dimasukkan ke dalam dok Dex lengkap dengan sokongan monitor, tetikus dan papan kekunci. Samsung Dex Book ialah konsep menarik yang mengubah rekabentuk Dex menjadi sebuah komputer riba skrin lebar.

 Samsung Dex Book ialah konsep yang direka oleh Kwanjun Ryu dan Jaejin Bong yang berasal dari Korea Selatan. Dex Book menyokong Galaxy S8. Apabila dimasukkan ke dalam Dex Book, Galaxy S8 akan menjadi pada sesentuh dan menguasakan skrin komputer riba dengan nisbah 21:9. Apabila diperlukan Galaxy S8 ini turut boleh menjadi pad numerik tambahan bersebelahan papan kekunci QWERTY lengkap.

Sebuah konsep yang menarik tetapi tahun demi tahun projek yang seperti ini gagal menarik minat majoriti pengguna. Peranti mudah alih masih setakat ini gagal menggantikan komputer riba. Perisian Android juga tidak sebaik desktop.

Mungkin dengan pelancaran komputer riba Windows 10 dengan pemproses Snapdragon 835 kelak kita akan akhirnya melihat peranti hibrid sebenar yang mampu menjadi telefon pintar dan komputer dua dalam satu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd