Cari @ Amanz

Netflix telah mula memperkenalkan sokongan paparan HDR secara berperingkat untuk beberapa peranti berkuasa tinggi. Hari ini, Netflix turut memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi Netflix untuk iOS, sekaligus menawarkan ciri Netflix HDR untuk pengguna iPad Pro generasi kedua, iPhone 8, iPhone 8 Plus dan juga iPhone X.

Ciri HDR pada mulanya hanya ditawarkan untuk televisyen sahaja, tetapi dengan keupayaan peranti mudah-alih hari ini, ia turut membolehkan Netflix menawarkan ia pada skrin telefon pintar. Dengan sokongan HDR ini, ia menawarkan ciri paparan yang lebih baik, disamping kualiti lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Sekiranya anda menggunakan iPad Pro, mungkin boleh mencubanya hari ini. Atau turut boleh menikmati kandungan HDR ini selepas iPhone 8 dilancarkan di Malaysia kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd