Telekom Malaysia telah mula menawarkan perkhidmatan wifi percuma melalui apa yang dipanggil Wifi@Unifi sejak penghujung minggu lepas. Perkhidmatan ini ditawarkan kepada semua pengguna secara percuma – walaupun anda bukan merupakan pelanggan TM.
Kini, dalam memudahkan pengguna menemui Wifi@Unifi, pihak Telekom Malaysia telah menerbitkan sebuah aplikasi khusus bagi membolehkan anda mengetahui dimanakah lokasi berhampiran anda dengan penawaran perkhidmatan WiFi berkenaan.
Wifi@Unifi menawarkan akses internet sepantas sehingga 4Mbps, dan memerlukan pengguna menonton iklan selama 15 saat terlebih dahulu sebelum dapat menikmati akses internet berkenaan. TM mengatakan sekitar 4000 kawasan kini menyokongnya, dan perkhidmatan ini percuma sehingga 31 Disember 2017 kelak.
Sekiranya anda ingin mencuba perkhidmatan ini, mungkin boleh memuat-turun aplikasi ini, dan menyemak lokasi berdekatan anda yang menawarkan perkhidmatan ini.
- Muat Turun
- Muat-Turun WiFi@Unifi untuk Android