Carian
Sistem Laser Lockheed Martin ATHENA Berjaya Memusnahkan Lima Dron Dalam Ujian Terkini
September 22, 2017 Effi Saharudin

ATHENA (Advanced Test High Energy Asset) ialah salah satu dari beberapa sistem senjata laser yang sedang dibangunkan untuk kegunaan Tentera Amerika Syarikat. Ia kali pertama kami laporkan pada tahun 2015 selepas ia berjaya memusnahkan enjin sebuah lori dari jarak 1 batu. Kini ia berjaya lagi melepasi ujian selepas berjaya memusnahkan lima dron yang sedang terbang di udara

Ini ialah peningkatan kemampuan ATHENA kerana ia menembak sasaran yang bergerak dalam masa beberapa saat. Dalam ujian memusnahkan lori dua tahun yang lalu, lori tidak bergerak dan sasaran hanya musnah selepas ditembak selama seminit.

ATHENA dibangunkan dengan tujuan menjadi sistem pertahanan dari serangan misil dan dron di masa hadapan. Buat masa ini ATHENA menghasilkan laser berkuasa 30KW. Lockheed Martin bercadang meningkatkan kuasa ke 500KW supaya sasaran dapat dimusnahkan dengan lebih pantas.

Komen