Cari @ Amanz

Kerap kali di dalam penerbangan yang jauh, kami terpaksa bergantung kepada muzik yang disimpan di dalam peranti pintar untuk menghiburkan diri. Seleksi lagu di dalam pesawat tidak kena dengan jiwa kami yang semakin tua. Tetapi di dalam sesetengah syarikat penerbangan, menggunakan peranti pintar di dalam pesawat dilarang. Peranti perlu dimatikan dan kami dilanda kebosanan.

Meizu Pro 7 yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia mempunyai sebuah fungsi unik yang tidak pernah kami temui pada peranti lain. Apabila peranti dimatikan, Pro 7 masih boleh berfungsi sebagai sebuah pemain MP3 yang dikawal menggunakan skrin sekunder pada bahagian belakang. Ini bukan sahaja menjimatkan penggunaan bateri tetapi tidak akan menimbulkan kemarahan pramugari pesawat.

Meizu Pro 7 dilengkapi skrin 5.5″ SAMOLED HD penuh, diperkasakan pemproses MediaTek Helio X30,memori 4GB RAM, storan 64GB, kamera utama berkembar 12+12 Megapixel Sony IMX386 f2.0 dan kamera hadapan 16-Megapixel. Skrin sekunder pada bahagian belakang juga menggunakan panel SAMOLED berwarna dan sebuah bateri sebesar 3000 mAh membekalkan kuasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd