Grab Mengumumkan Kerjasama Dengan HERE Untuk Pemetaan

Grab Mengumumkan Kerjasama Dengan HERE Untuk Pemetaan

Diterbitkan pada Sep 23, 2017 oleh .

Grab merupakan perkhidmatan tempahan pengangkutan ke destinasi yang popular bukan sahaja di Malaysia, tetapi di beberapa buah negara sekitar Asia Tenggara. Buat masa ini, Grab menggunakan perkhidmatan pemetaan daripada Google, tetapi ia dijangka berubah tidak lama lagi.

Terkini, Grab telah mengumumkan kerjasama dengan pihak HERE, dimana mereka akan menggunakan sokongan pemetaan HERE untuk menawarkan kadar tambang yang lebih jitu ke sesuatu destinasi, selain mengira masa ke destinasi dengan lebih tepat. Data pemetaan HERE akan digunakan dibeberapa buah negara, termasuk Malaysia, Singapura, dan Indonesia.

HERE sebelum ini telah dimulakan oleh Nokia, tetapi seterusnya ia telah berpindah tangan beberapa kali. Kini, ia dimiliki oleh konsortium yang dimiliki bersama Mercedes Benz, BMW dan juga Audi.

HERE sendiri akhir-akhir ini dilihat memfokuskan kepada arena swapandu, dan mungkin mereka boleh mengumpulkan data perjalanan dan sebagainya dengan bekerjasama bersama pihak Grab di rantau Asia Tenggara.

Buat masa ini, aplikasi Grab masih menggunakan data pemetaan daripada Google, dan mungkin kita akan melihat ia berubah tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN