Cari @ Amanz

D-Link Malaysia kini telah mula menawarkan kemaskini sekuriti untuk router yang mempunyai kerentanan sekuriti serius, iaitu D-Link DIR-850L. Walaubagaimanapun, sekiranya anda menggunakan unit router yang diberikan oleh Telekom Malaysia atau TIME, anda dinasihatkan untuk tunggu terlebih dahulu.

Kemaskini yang ditawarkan oleh D-Link ini ditujukan untuk pengguna yang membeli router ini secara berasingan di kedai dan sebagainya. Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada yang membeli ia di kedai, anda boleh menyemak panduan yang disediakan dan memasangnya sendiri pada router anda. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan berjaga-jaga kerana beberapa pengguna awal yang menggunakannya mengatakan ia masih tidak begitu stabil, selain ia mungkin membuat perubahan kepada tetapan asas yang memerlukan sedikit pengetahuan teknikal untuk menetapkannya semula.

Bagi pengguna yang menerima router ini daripada Telekom Malaysia atau TIME, anda mungkin perlu nantikan kemaskini sekuriti daripada penyedia perkhidmatan dalam masa terdekat. Sebelum ini, Telekom Malaysia mengatakan ia mungkin mengambil masa sehingga dua minggu sebelum kemaskini ini disemak dan ditawarkan kepada pelanggan TM. TIME pula menyediakan panduan sekuriti ringkas dan masih tidak diketahui lagi bilakah kemaskini sekuriti versi mereka akan ditawarkan secara rasminya.

Sekiranya anda menggunakan router ini, anda dinasihatkan untuk menutup fungsi Remote Management buat masa ini.

TM DLink Router

TM DLink Router

TM DLink Router

  • Amaran
  • Pelanggan TM dan TIME yang menerima router daripada syarikat penyedia telekomunikasi, dinasihatkan untuk menunggu arahan lanjut daripada penyedia perkhidmatan masing-masing.
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd