Twitter sebelum ini sedia menawarkan Twitter Lite versi web bagi para pengguna yang inginkan pengalaman Twitter yang menjimatkan data dan ringan. Kini, selain daripada versi web, Twitter juga turut sedang menguji Twitter Lite untuk Android – yang kini telah mula ditawarkan di Filipina.
Twitter Lite bersaiz kurang daripada 3MB, dan membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan laman sosial berkenaan dengan mudah dibawah rangkaian 2G dan juga 3G. Ia juga sangat sesuai untuk digunakan bersama peranti berspesifikasi rendah dan berstoran kecil.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Twitter akan menawarkan versi ini secara global. Bagi anda yang inginkan alternatif versi Android ini, anda boleh menggunakan versi web, dan menyimpannya untuk akses pantas pada peranti mudah-alih anda.
- Layari : Twitter Lite untuk Android