Cari @ Amanz

Selain daripada jam tangan pintar, Xiaomi kini nampaknya telah mula membawa masuk beberapa aksesori daripada syarikat ekosistem mereka. Terkini, Xiaomi Malaysia melalui beberapa pengedar rasmi tempatan telah mula menawarkan jam tangan pintar yang menyasarkan mereka yang aktif bersukan, iaitu Amazfit Sports Smartwatch.

Amazfit Sports Smartwatch hadir dengan rekaan muka jam bulat, dilengkapi skrin sentuh 1.34-inci, dan menyertakan sensor memantau kadar denyutan nadi, dan juga GPS terbina untuk mereka yang ingin menggunakannya untuk bersukan – terutamanya berlari.

Amazfit Sports Smartwatch

Peranti ini turut menggunakan cip dwi-teras 1.2GHz, memori 512MB RAM dan juga ruangan storan 4GB. Seperti biasa, pengguna boleh menghubungkan ia kepada fon telinga ketika bersenam, dan mendengar lagu melaluinya.

Amazfit Sports Smartwatch ini dikatakan menawarkan masa penggunaan dengan sokongan notifikasi sehingga 5 hari – tetapi sehingga 35 jam sahaja sekiranya sokongan GPS diaktifkan.

Amazfit Sports Smartwatch

Jam tangan pintar Amazfit ini ditawarkan oleh pengedar Xiaomi tempatan pada harga RM629, dan hadir dengan setahun jaminan rasmi Xiaomi Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd