SumberManusia.my – Platform Pengurusan Sumber Manusia Dalam Syarikat Dan Organisasi

SumberManusia.my – Platform Pengurusan Sumber Manusia Dalam Syarikat Dan Organisasi

Diterbitkan pada Sep 25, 2017 oleh .

Dalam setiap syarikat, pengurusan sumber manusia adalah sangat penting – meliputi daripada mengambil pekerja, menguruskan kebajikan seperti KWSP, dan memudahkan mereka membuat permohonan cuti dan sebagainya. Untuk memudahkan proses berkenaan, telah terdapat beberapa sistem diluar sana, dan paling terkini adalah salah satu sistem daripada pembangun tempatan dinamakan Sumber Manusia.

SumberManusia menawarkan perkhidmatan berasaskan web, dan antaramukanya turut dioptimasikan untuk pengurusan melalui peranti mudah-alih. Menggunakannya, pemilik syarikat boleh menguruskan hal-ehwal sumber manusia dalam syarikat mereka dengan mudah – termasuk mendapatkan pelbagai ringkasan data dengan pantas melalui dashboard yang disediakan.

Pemilik syarikat boleh menguruskan lebih daripada satu syarikat dengan mudah menggunakan Sumber Manusia, selain pada masa yang sama, turut dioptimasikan untuk pengurusan pelbagai cawangan berbeza, bahagian dan sebagainya. Anda turut boleh menggunakan ciri pengiraan gaji yang automatik pada platform berkenaan, termasuk melihat permohonan cuti daripada para pekerja.

Untuk pekerja pula, ia turut menawarkan kemudahan untuk mengakses slip gaji, memohon cuti dan sebagainya.

SumberManusia menawarkan harga langganan bermula RM2 sebulan untuk seorang pekerja – dan menjadi serendah RM1 sebulan untuk seorang pekerja untuk mereka dengan bilangan pekerja ramai. Setiap syarikat juga disediakan dengan subdomain khusus untuk mereka dengan akhiran .sumbermanusia.my.

Bagi anda yang mempunyai syarikat tersendiri, mungkin boleh mencuba platform ini, dan memudahkan lagi pengurusan bahagian sumber manusia pada syarikat anda. Anda turut berpeluang mencuba platform ini secara percuma untuk tempoh 30 hari tanpa perlu memasukkan sebarang butisan bayaran anda.

Layari : Sumber Manusia


TIPS & ULASAN