Beg tangan berjenama ialah simbol kemewahan penggunanya. Di kalang orang berada beg tangan jenama Louis Vuitton dan Birkin adalah aksesori perlu bagi menunjukkan mereka mempunyai lebih banyak wang berbanding anda. Bagi yang kurang berada, beg tangan palsu digunakan. Kerap kali juga kami lihat beg tangan mewah dijual di atas talian tetapi ketulenannya diragui.
Bagi mengelakkan kesipuan menggunakan beg palsu di majlis keramaian, Entrupy dihasilkan. Pengimbas ini menggunakan kecerdasan buatan untuk mengesahkan ketulenan beg jenama mewah. Pengguna yang perlu mengimbas beberapa kawasan menggunakan Entrupy dan ia kemudian akan membandingkan imbasan dengan pangkalan data produk tulen sebenar. Perbezaan kualiti kulit, rekaan logo dan kualiti jahitan memudahkan proses mengesan produk palsu.
Apabila mengesan produk asli, sijil pengesahan ketulenan akan diberikan yang kemudiannya boleh dicetak. Ia mempunyai pangkalan data untuk 11 jenama mewah paling popular buat masa ini. Harga jualan Entrupy ialah $299 dan kemudian terdapat bayaran langganan bulanan di antara $99 dan $999.