Carian
Telekom Malaysia Bakal Menawarkan Pakej Unifi Untuk Pelajar Dan E-Usahawan
September 25, 2017 Aman

Telekom Malaysia hari ini telah mengadakan sebuah acara khas bersama Perdana Menteri, dimana pada acara sama, Telekom Malaysia mengambil peluang untuk mengumumkan beberapa perkara baru, termasuk aplikasi wifi@unifi dan penawaran pakej Unifi baru yang akan datang.

Menurut Telekom Malaysia, tidak lama lagi mereka akan menawarkan dua lagi pelan Unifi baru, iaitu Unifi Edu dan juga Unifi E-Biz.

Kedua-dua pakej ini akan hadir dalam tiga pilihan masing-masing seperti pakej sedia ada, iaitu Lite, Advance dan juga Pro. Walaubagaimanapun, harga pakej masih belum diumumkan oleh Telekom Malaysia buat masa ini.

Pelan Unifi Edu dilihat lebih menyasarkan golongan pelajar IPT, sementara Unifi E-Biz pula untuk e-usahawan startup dan juga PKS.

Kedua-dua pakej ini akan menawarkan akses jalur-lebar sepantas sehingga 100Mbps, dilengkapi dengan sokongan wifi@unifi dan juga akses mudah-alih (webemobile?). Info lanjut mengenai pakej ini termasuk harga dijangka diumumkan Telekom Malaysia dalam masa terdekat. Berkemungkinan, dengan kedua-dua kumpulan sasaran ini, kita akan melihat ia ditawarkan tanpa penyertaan HyppTV.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkongsian lanjut mengenai kedua-dua pakej ini daripada Telekom Malaysia dalam masa terdekat ini.

Komen