Cari @ Amanz

Media sosial digunakan untuk mengumpul teman dan mengikut akaun milik selebriti. Apabila anda mengikut akaun teman, anda berharap mereka akan turut mengikut semula akaun anda sebagai balasan. Di Instagram adalah sukar untuk melihat siapa yang mengikut akaun anda. Sekiranya anda mempunyai ribuan pengikut, senarai perlu ditatal satu persatu. Instagram kini sedang menguji fungsi “Follows You” yang memudahkan anda melihat siapa yang mengikut akaun anda.

Dengan fungsi ini, anda hanya perlu ke profil individu tertentu dan Follows You akan terpapar sekiranya mereka mengikuti akaun anda. Buat masa ini fungsi ini diuji pada pengguna tertentu aplikasi Android. Tidak diketahui sama ada ia akan diaktifkan kepada semua. Fungsi ini sudahpun wujud pada Facebook dan Twitter sejak bertahun lamanya. Sudah tiba masanya ia disokong Instagram.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd