Carian
AMD
Teknologi AMD CrossFireX Dihentikan – mGPU Kini Hadir Dengan Sokongan Untuk Dua Kad Grafik AMD
September 25, 2017 Nazrin

Pihak AMD kini nampaknya akan menghentikan teknologi pelbagai-GPU CrossFireX mereka, dan akan menggantikannya dengan teknologi baru mGPU (multiple GPU) yang akan menyokong dua kad grafik AMD, dan bukan empat seperti sebelum ini.

Menurut pihak AMD, teknologi sokongan pelbagai GPU masih akan hadir untuk kad-kad grafik mereka sekarang dan pada masa akan datang, tetapi ia tidak akan hadir seperti apa yang kita kenali buat masa ini. AMD ingin berhenti menggunakan jenama CrossFireX kerana teknologi ini merujuk kepada sokongan untuk API grafik sehingga DirectX11 sahaja,

Bagi para pengguna, penukaran nama dari CrossfireX kepada mGPU tidak mendatangkan sebarang perbezaan, kerana untuk mereka ini hanyalah sebuah penukaran penjenamaan. CrossFireX masih akan digunakan untuk permainan-permainan komputer dan aplikasi yang masih menggunakan DirectX 11, manakala aplikasi-aplikasi yang menggunakan API DirectX12, Vulkan dan sebagainya akan menggunakan mGPU.

Dalam pada itu, AMD juga telah melancarkan kemaskini perisian grafik terbaru Radeon Software Crimson ReLive Edition 17.9.2 yang memberikan kad grafik AMD RX Vega 56 dan 64 sokongan untuk gabungan dua kad grafik secara serentak.

Bergerak ke hadapan, AMD, bersama-sama NVIDIA nampaknya hanya akan menyokong gabungan dua kad grafik sahaja, dan tidak lagi empat seperti sebelum ini. Ini adalah kerana prestasi kad grafik masa ini cukup pantas, dan gabungan lebih daripada dua kad grafik tidak lagi perlu, dan ini membolehkan pihak AMD dan NVIDIA untuk fokus kepada membina kad-kad grafik yang lebih berkuasa dan cekap, dan kurang kepada menyokong teknologi yang sedia maklum hadir dengan cukup banyak masalahnya sendiri.

Komen