Peranti pintar di tangan anda ialah komputer kompak yang berkuasa. Ia masih lagi sebuah alat elektronik yang kadang kala bermasalah. Seperti biasa apabila berlaku masalah. mematikan dan menghidupkan semula peranti dapat menyelesaikan masalah. Ini terutamanya jika peranti tergantung sehingga gagal berfungsi. Pada iPhone 8 dan iPhone X, langkah untuk melakukan reboot berbeza berbanding iPhone terdahulu.
Pengguna perlu menekan butang menaikkan suara (volume up), diikuti pula dengan butang menurunkan suara (volume down) sebelum perlu menekan butang kuasa sehingga logo Apple muncul. Sebelum ini pada iPhone 7, pengguna perlu menekan butang kuasa dan menurunkan suara serentak selama 10 saat. Pada peranti lebih lama butang kuasa dan home perlu ditekan selama 10 saat.
Mengapakah sistem reboot iPhone 8 dan X berbeza berbanding peranti terdahulu? Ini adalah kerana pada kedua-dua peranti, menekan butang kuasa selama beberapa saat akan mengaktifkan fungsi SOS. Panggilan kecemasan kemudian akan dilakukan secara automatik. Ini juga akan menyahaktifkan sistem Face ID bagi mengelakkan peranti dinyakunci secara paksa.