Apple macOS High Sierra Kini Sedia Untuk Dimuat-Turun

Apple macOS High Sierra Kini Sedia Untuk Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Sep 26, 2017 oleh .

Apple pada minggu lepas telah mula menawarkan sistem operasi untuk peranti mudah-alih mereka, iaitu iOS 11. Kini, hari ini, gergasi perkomputeran berkenaan telah pun mula menawarkan sistem operasi untuk Mac yang terbaru, iaitu macOS High Sierra.

macOS High Sierra

macOS High Sierra ditawarkan secara percuma, dan menyokong MacBook Air (penghujung 2010 dan terkini), MacBook Pro (pertengahan 2010 dan terkini), Mac Mini (pertengahan 2010 dan terkini), Mac Pro (pertengahan 2010 dan terkini), iMac (penghujung 2009 dan terkini), dan juga MacBook (penghujung 2009 dan terkini).

Secara kasarnya, sekiranya anda sedia menjalankan sistem operasi macOS Sierra, anda boleh memuat-turun dan menjalankan macOS High Sierra ini tanpa masalah.

Pada versi terbaru ini, ia memfokuskan kepada beberapa penambah-baikkan teknologi pada sistem operasi berkenaan, termasuk sokongan sistem fail baru dinamakan APFS, sokongan Metal 2 untuk grafik lebih baik, serta beberapa pembaharuan pada aplikasi Photos, serta perlindungan privasi melalui Safari.

Bagi anda yang menggunakan Mac, mungkin boleh memulakan proses kemaskini hari ini, dan menikmati pelbagai ciri-ciri yang dibawakan bersama dengannya.

Muat-Turun macOS High Sierra


TIPS & ULASAN