Cari @ Amanz

Instagram nampaknya terus mencatatkan pertumbuhan positif dari bulan ke bulan. Kini, Instagram berkongsi mengatakan yang mana mereka telah mencapai lebih 800 juta pengguna aktif bulanan pada platform mereka.

500 juta pengguna daripadanya turut secara aktif menggunakan perkhidmatan Instagram setiap hari.

Platform perkongsian gambar yang dimiliki oleh Facebook ini terus mencatatkan pertumbuhan yang sihat dari hari ke hari, apatah lagi dengan populariti ciri Instagram Stories yang lebih popular daripada Snapchat.

Salah satu kelebihan padanya boleh dikatakan adalah kerana Instagram sering bereksperimen dan hadir dengan ciri-ciri baru pada perkhidmatan mereka. Terbaru, mereka dilihat menguji ciri paparan gambar profil dalam lajur 4×4, selain ciri melihat siapa mengikuti anda.

Dengan perkembangan ini, mungkin kita akan dapat melihat Instagram turut mencapai angka pengguna aktif 1 bilion dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd